Larangan buku kartun Zunar ditarik balik

Zunar.

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri menarik balik larangan ke atas buku kartun Zunar berjudul 'Sapuman: Man of Steal', kata peguamnya, N. Surendran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas), Azizah Nawawi pada Khamis.

Surendran berkata, Peguam Kanan Persekutuan, Natrah Idris memaklumkan Hakim Azizah bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memangku Menteri Dalam Negeri, memutuskan untuk menarik balik larangan ke atas buku itu berkuat kuasa 2 Ogos.

"Hakim juga membenarkan ganti rugi untuk dinilai oleh timbalan pendaftar," katanya.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman pada 12 Februari lalu, dan ditetapkan pada Khamis (9 Ogos).

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 2 Januari lalu, beliau menamakan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai responden.

Beliau memohon perintah certiorari untuk membatalkan larangan oleh Menteri Dalam Negeri di bawah Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Penerbitan Tidak Diingini) (No 29) Order 2017 dengan segera.

Beliau juga mahu satu perintah untuk diisytiharkan batal dan tidak sah kerana melanggar Perkara 5, 8 dan 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Zunar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia