Lelongan buaya Isnin ini - Semasa | mStar

Lelongan buaya Isnin ini

Gambar hiasan buaya

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah akan mengadakan lelongan awam bagi dua ekor buaya pada 6 Ogos ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya Siti Nur'ain Ampuan Acheh berkata kedua-dua reptilia terbabit ditangkap di lokasi berbeza susulan aduan awam dalam tempoh tiga hari bulan lepas.

Buaya pertama sepanjang lapan kaki 11 inci merupakan buaya betina yang ditangkap pada 26 Julai di Kampung Sungai Anak, Kinarut manakala yang kedua adalah buaya jantan sepanjang 10 kaki ditangkap di sebatang sungai berhampiran Kelly Bay Resort, Tuaran pada 29 Julai, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua reptilia berkenaan kemudian dibawa ke pusat pemulihan di Potuki untuk pemeriksaan sebelum dilelong, katanya.

Proses lelongan akan bermula pada 11.30 pagi dan harga lelongan untuk buaya jantan bermula pada RM1,000 manakala harga lelongan buaya betina bermula pada RM650, katanya.- Bernama

Buaya , lelong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Durian 18kg kini dilelong

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain