suria

PRK Sg Kandis: Sah! PAS tak sokong PH

Takiyuddin Hassan.

KOTA BHARU: PAS berpegang dengan keputusannya untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, PAS perlu menghantar isyarat yang kuat kepada kerajaan PH kerana gagal melindungi kepentingan institusi Islam, raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu.

"Pakatan Harapan juga gagal memenuhi beberapa janji yang dibuat dalam manifesto mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS menjelang pilihan raya kecil Sungai Kandis tidak bertentangan dengan pendirian rasmi parti itu.

Bagaimanapun jelasnya, PAS tidak akan menggunakan jenteranya untuk berkempen di Sungai Kandis.

Beliau berkata, parti itu juga menerima nasihat nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kepada pengundi Sungai Kandis untuk menolak calon yang mewakili parti-parti yang melemahkan Islam, rakyat dan negara.

"Saya menyeru para pengundi Sungai Kandis, terutamanya ahli dan penyokong PAS, keluar beramai-ramai untuk melaksanakan tugas dan mengundi," kata Takiyuddin.

PAS, Sungai Kandis

Artikel Lain