suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri Pendidikan tak tahu arahan henti langgan Utusan

Dr Maszlee Malik.

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak mengetahui berhubung arahan menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia bagi institusi di bawah kementeriannya namun tidak menolak kemungkinan itu langkah berjimat cermat.

Katanya, beliau akan membuat semakan terlebih dahulu dengan penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan berhubung perkara itu.

“Saya tak pasti perkara itu, saya kena tanya dia (Wan Saiful) sebab sekarang ini kita dalam langkah berjimat cermat, banyak sangat surat khabar (dilanggani). Sekarang banyak (berita) online jadi boleh tengok online,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Dilaporkan sebuah memo dikeluarkan melalui Wan Saiful mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan untuk berhenti melanggan akhbar tersebut.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

Sementara itu, Maszlee berkata, pihaknya mempunyai laporan dan bukti lengkap yang menunjukkan sesetengah pegawai tinggi di universiti awam (UA) bermain politik dan bukannya mendukung usaha meningkatkan kualiti institusi pendidikan.

"Memang banyak laporan berkaitan sesetengah pegawai yang begitu aktif dan berkempen bagi Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya umum lepas malah mengenakan tindakan terhadap anggota akademik yang tidak menyokong BN pada masa lalu," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan mengenai penamatan perkhidmatan lima pengerusi universiti awam pada Rabu.

Maszlee menegaskan akan ada lagi pertukaran dan pemendekan tempoh lantikan pegawai pada masa akan datang yang katanya bukan bersifat penyingkiran tetapi sebagai usaha membawa agenda islah (reform) dalam institusi pengajian tinggi. - Bernama

Maszlee Malik, Utusan Malaysia

Artikel Lain