suria

Sultan Johor berkenan ziarah Anwar di Turki

PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Medipol, Turki.

Ketua Umum PKR itu yang telah menjalani prosedur pembedahan tulang belakang dan bahu kanannya baru-baru pergi ke hospital untuk temu janji dengan doktor.

"Sukacita dimaklumkan panel doktor berpuas hati dengan tahap kemajuan kesihatan dan mengizinkan saya berlepas pulang ke tanah air.

"Baginda Tuanku Sultan Ibrahim sempat diperkenalkan kepada panel doktor dan mengucapkan terima kasih diatas rawatan baik yg diberikan kepada saya," kata Anwar dalam satu posting di Facebook miliknya malam Sabtu.

Beliau turut memuatnaik gambar bersama dengan Sultan Ibrahim di Facebook miliknya.

Anwar sebelum ini memberitahu beliau mengalami 'lumbar central stenosis', keadaan di mana saluran tulang belakang sempit, menyebabkan rasa sakit dan kebas.

Artikel Sebelum

Artikel Lain