Cabul kenalan di IG, ejen insurans didakwa - Semasa | mStar

Cabul kenalan di IG, ejen insurans didakwa

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang ejen insurans dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Isnin atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan seorang pelajar kolej yang dikenalinya melalui laman sosial Instagram (IG), pada Hari Raya kedua yang lalu.

Fadhil Qayyum Muhammad Rasul, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Bagi semua pertuduhan lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berusia 25 tahun itu di tiga lokasi berlainan iaitu di sebuah panggung wayang di Damansara, di tempat parkir sebuah kafe dan di dalam kenderaan milik lelaki itu di sekitar Jalan SS22/25, di sini antara 10 malam hingga 3 pagi, 16 dan 17 Jun lalu.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia tidak mampu membayar jumlah tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 17 Ogos untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

cabul , IG

Artikel Sebelum

Kabinet masih belum 'lengkap'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain