Kemasukan pekerja asing perlu dihentikan segera - Semasa | mStar

Kemasukan pekerja asing perlu dihentikan segera

IPOH: Kemasukan ramai pekerja asing di negara ini perlu dihentikan segera.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, jumlah pekerja asing di negara terlalu ramai sehingga sukar untuk dianggarkan jumlahnya.

Katanya, keperluan tenaga asing di negara ini sebenarnya mencukupi kerana wujud dalam kalangan mereka bekerja di sektor yang sepatutnya diisi pekerja tempatan.

"Ada pekerja asing yang tidak berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia tetapi mereka mempunyai pas pekerja yang sah. Sebab itu kita nak ikut model Singapura dalam menangani kebanjiran pekerja asing ini.

"Kita perlu pekerja asing tapi untuk sektor-sektor tertentu, bukan semua sektor. Kita tak mahu satu hari nanti kerjaya profesional macam peguam, doktor dan lain-lain turut menggunakan pekerja asing," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Ulangtahun ke-99 Tun V Sambathan, Buntong, pada Sabtu.

Kulasegaran berkata, pihaknya turut akan berbincang dengan pihak industri mengenai keperluan kebergantungan tenaga asing di negara ini.

Katanya, keutamaan dalam mengisi kekosongan jawatan harus diberikan kepada rakyat tempatan.

Sementara itu, mengenai dasar gaji minima, Ahli Parlimen Ipoh Barat berkenaan berkata, kajian sudah pun berada dalam peringkat akhir.

Beliau berkata, setelah siap kelak, ia akan dibentangkan ke kabinet untuk dibincangkan dan dipersetujui. -Sinar Harian

Pekerja asing , M.Kulasegaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain