Nilai barang kemas masih dikira - Semasa | mStar

Nilai barang kemas masih dikira

Sebahagian bagasi yang disita polis dalam serbuan pada 18 Mei lalu.

KUALA LUMPUR: Barang kemas dan beg tangan yang disimpan dalam 37 bagasi masih dalam proses pengiraan oleh pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Jumlah bagasi itu adalah sebahagian daripada 72 bagasi yang disita polis dalam pemeriksaan terhadap kediaman dipercayai milik keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavilion Residences di sini, pada 18 Mei lalu.

Difahamkan, proses pengiraan dijalankan sejak Rabu lalu dan berkemungkinan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

Menurut sumber, proses pengiraan barang kemas itu dilakukan pegawai dan anggota JSJK.

“Polis turut mendapatkan khidmat beberapa orang pakar barang kemas dan pakar jam tangan untuk mendapatkan penilaian sebenar barang tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya jumlah terkini, sumber berkata, setakat semalam jumlah bagasi yang dikira masih belum sampai separuh daripada 37 bagasi.

“Proses pengiraan akan terus dijalankan sehingga selesai sebelum nilainya dapat dipastikan dengan tepat,” katanya. - Sinar Online

 

barang kemas , serbuan , Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain