suria

Pengerusi SPR nafi hadir ke rumah Najib, keluar kata kesat

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan beliau telah hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengeluarkan kenyataan kesat terhadap wartawan yang membuat liputan di situ.

Beliau menyelar tindakan tidak bertanggungjawab dua pengendali laman sosial Facebook terbabit.

Paparan skrin yang dipetik daripada pengendali sebuah laman Facebook yang mendakwa Mohd Hashim mengeluarkan kenyataan kesat.

“Ini adalah fitnah dan berniat jahat. Artikel tersebut disiarkan oleh kedua-dua laman sosial Facebook berkenaan semalam dengan menggunakan gambar serta video seseorang yang mirip saya.

“Akibat daripada tindakan tersebut menyebabkan saya telah difitnah dan orang ramai dihasut serta didorong untuk mengeluarkan kata-kata jelik kepada saya yang juga boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.  

Sehubungan itu, Mohd Hashim berkata satu laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat terhadap pengendali laman Facebook berkenaan kerana telah memfitnah dengan niat jahat terhadap beliau. - Bernama

pengerusi SPR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain