suria

Dua perompak kedai emas mati ditembak

Gambar dari Facebook Kelab Info Malaysia.

PETALING JAYA: Polis menembak mati dua daripada enam lelaki tempatan  yang menyamun sebuah kedai emas di sebuah pusat membeli-belah di Damansara Jaya, di sini, petang Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata dalam kejadian pada kira-kira 5 petang Jumaat, enam suspek yang memakai topi keledar bervisor hitam telah menyerbu masuk premis itu dengan bersenjatakan tiga pucuk pistol untuk menyamun.

Beliau berkata ketika  cuba melarikan diri  selepas melakukan jenayah itu, suspek telah  bertembung dengan pihak polis dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan keselamatan itu.

“Akibat tindakan suspek yang sedemikian, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan kembali kepada suspek sebagai langkah untuk mempertahankan diri.

“Ekoran itu, dua daripada mereka mati ditembak di tempat kejadian dan seorang lagi cedera terkena tembakan di badan manakala tiga lagi berjaya ditahan serta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. - Bernama

perompak, kedai emas

Artikel Lain