suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bos Felda, Felcra dipanggil jumpa Majlis Penasihat Kerajaan

Zakaria (kiri) dan Zulkarnain.

KUALA LUMPUR: Wakil dari Felda dan Felcra dipanggil menghadiri mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan.

Dipercayai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Zulkarnain Md Eusope merupakan antara yang hadir pada mesyuarat itu.

Wakil lain termasuk Pengerusi Felda Investment Corp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Mesyuarat bermula pukul 10 pagi Jumaat.

Felda, Felcra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain