suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga minyak petrol, diesel kekal

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan harga petrol dan diesel buat masa ini akan kekal dan tidak berubah mengikut harga semasa.Dr Mahathir berkata, sekiranya berlaku kenaikan pada harga minyak mentah dunia, kerajaan akan menanggung subsidi supaya ia kekal.

“Harga minyak tidak akan naik dan tidak akan turun. Kalau tidak cukup, kerajaan akan beri subsidi,” katanya ketika menjawab soalan wartawan berkaitan harga minyak negara yang sebelum ini diumumkan naik atau turun pada setiap hari Rabu.

Berikutan pengumuman itu, petrol RON95 kekal pada harga RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47) dan diesel (RM2.18) yang kekal sejak lebih sebulan lalu.

Bermula 29 Mac 2017, harga petrol dan diesel negara ini ditentukan sistem apungan terurus, dan diumumkan secara mingguan pada setiap Rabu berbanding setiap bulan.Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

Pakatan Harapan melalui manifesto mereka sebelum ini berjanji akan menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.-Sinar Harian

Harga petrol, kekal

Artikel Berikut

Artikel Lain