suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Telefon bimbit calon bertanding digodam

PETALING JAYA: Telefon bimbit calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan masing-masing digodam dan dihujani panggilan dari Amerika Syarikat (AS).

"Telefon bimbit pemimpin BN menjadi sasaran serangan teknikal sejak pagi ini," kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Rahman Dahlan.

"Panggilan dari luar negara diterima setiap beberapa saat! Untuk halang kami berkomunikasi dengan jentera pilihan raya," demikian tulis calon di kerusi Parlimen Sepanggar itu di Twitternya.

"Telefon saya seperti dispam pagi ini. Pelik," kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin yang bertanding bagi mempertahankan kerusi di Parlimen Rembau di Twitternya.

Beliau turut berkongsi paparan skrin nombor panggilan yang diterima menerusi telefon bimbitnya.

"Saya menerima 'missed call' dari US dan Eropah di telefon bimbit saya sejak pukul 9 pagi sehingga sekarang, tidak henti-henti," kata Setiausaha Agung Gerakan yang juga calon Simpang Renggam, Liang Teck Meng.

Dalam pada itu, calon PKR di Lembah Pantai, Fahmi Fadhil turut berkata telefon bimbitnya dihujani panggilan sejak pukul 7 pagi dari nombor tidak dikenali dari AS.

Beliau berkata panggilan itu diterima setiap minit menjadikannya sukar untuk menerima panggilan tulen.

"E-mel saya juga dibanjiri e-mel phishing, mungkin untuk mendapatkan maklumat kata laluan bagi mengakses Facebook atau akaun sosial media saya yang lain," katanya.

telefon bimbit, godam, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain