suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pusat mengundi di Subang Perdana terbakar

SHAH ALAM: Dewan mengundi Sekolah Kebangsan Jalan U3 Subang Perdana bagi Parlimen Sungai Buloh dan Kota Damansara terbakar kira-kira jam 12.30 tengah hari Rabu.

Kejadian berlaku ketika proses pengundian bagi saluran satu sedang berjalan.

Menurut sumber, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar lintas, bagaimanapun berjaya dikawal dan api dipadamkanWartawan Sinar Harian bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan mengambil gambar lokasi kejadian.

Proses mengundian di saluran satu ini terus dijalankan dalam keadaan gelap buat sementara waktu dan telah pun digantikan dengan lampu sementara.

Setakat maklumat yang diterima, sama ada saluran mengundi akan ditukarkan ke bahagian lain tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, seorang saksi berkata, mereka terdengar bunyi letupan sebelum kebakaran berlaku.Kejadian bagaimanapun tidak mencetuskan suasana panik.

Proses pengundian ketika ini masih berjalan seperti biasa dan pasukan bomba dan penyelamat masih berada di lokasi bagi memastikan keselamatan pengundi dan tempat terjamin. -Sinar Harian

Pusat mengundi, terbakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain