suria

Azmin ucap selamat maju jaya untuk adiknya

Azmin bersama isterinya.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan selamat maju jaya buat adiknya, Azwan Ali yang bertanding menentangnya di kerusi Bukit Antarabangsa.

Dua beradik itu hampir terserempak di pusat pengundian SK Klang Gate di Setapak, di sini, pagi Rabu.

Azmin yang hadir ditemani isterinya, Shamshida Taharin, mendakwa, kehadiran ramai pengundi merupakan petunjuk bahawa Pakatan Harapan akan kekal memerintah di Selangor.

Sewaktu ditanya mengenai ramalannya, Azmin berkata ia terletak di tangan pengundi untuk menentukan calon terbaik yang akan mewakili Bukit Antarabangsa.

Sementara itu, Azmin berkata tiada ruang untuk isu keluarga dan emosi kerana kehadirannya di situ adalah untuk membuang undi sahaja.

Awal pagi ini, selebriti kontorversi Azwan Ali mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersilap meletakkan label pada peti undi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)di pusat pengundian Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate Baru, Setapak

.Kertas undi kuning berada di kotak yang ditandakan "Parlimen" dan kertas undi oren berada dalam kotak yang ditandakan "Negeri".

"Saya bukan pegawai (SPR) tetapi saya tahu fakta ini, dan saya terkejut melihat bagaimana kesilapan ini berlaku.

"Kesilapan ini akan menyebabkan orang ramai keliru. Saya seorang profesional dan saya melihat setiap butiran," kata Azwan.

Azmin Ali, Azwan Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain