suria

Pelakon veteran Lai Meng meninggal dunia

Gambar fail Lai Meng Yi.

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita veteran negara, Datuk Lai Meng Yi yang lebih dikenali sebagai Lai Meng Yi atau 'Aunty Lai Meng', meninggal dunia pada usia 90 tahun, Ahad malam.

Menurut laporan berita Sin Chew Daily, pelakon wanita itu meninggalkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Meng Yi, yang nama sebenarnya Lai Kwai Yoon mula menceburi bidang seni sebagai salah seorang daripada sekumpulan empat anggota yang popular menerusi sketsa komedi radio dalam tahun 1950-an.

Kemudian, beliau menjadi terkenal dalam siri televisyen Empat Sekawan yang kali pertama disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1966 sehingga selama dua dekad dan berakhir dalam tahun 1980-an.

Pelakon itu juga menjadi popular menerusi wataknya sebagai seorang ibu yang menderita penyakit Alzheimer dalam filem Money No Enough II, arahan pengarah Singapura Jack Neo, pada tahun 2008.

Meng Yi menerima anugerah Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada tahun 2013.

Beliau juga dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, pada 1 Mei lepas. - Bernama

Lai Meng Yi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain