suria

Malaysia tak bankrap

KOTA KINABALU: Dakwaan yang tersebar mengatakan Malaysia kini bankrap adalah tidak benar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Ada orang kata Malaysia kini mufls. Ini sama sekali tidak benar.

“Jika ekonomi kita tidak berjalan baik, bagaimana kita (kerajaan) dapat beri balik khidmat kepada rakyat?” katanya pada upacara pecah tanah untuk pembinaan Dewan Inanam di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Hajah Jainab Ahmad dan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeoh Boon Hai.

Sementara itu, Irwan berkata peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan Mohd Irwan melahirkan kebimbangan kerana orang ramai mudah tertipu oleh berita tidak benar dan tidak disahkan. - BERNAMA

bankrap

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain