suria

Tony Fernandes mahu beralih ke dunia politik?

PETALING JAYA: Apa akan jadi jika Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes beralih bidang dan berjinak-jinak di pentas politik?

"Adakah anda rasa saya akan menjadi ahli politik yang baik? Sedang membayangkan sepanduk (calon). Mungkin tidak, kekal kepada penerbangan kos rendah," begitu kenyataan Fernandes menerusi gambar yang dimuat naik ke laman Instagramnya pada Ahad.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial tersebut.

Biarpun ramai yang menyokong sekiranya bos AirAsia itu bergelar ahli politik, tidak kurang juga yang memberikan amaran agar beliau menjauhi bidang tersebut.

Pengguna Instagram, @mimi_nirzan_Zainey berkata: "Ya! Tolong jadi seorang ahli politik yang hebat. Selamatkan kami semua.


Fernandes popular dengan slogan, "Sekarang semua orang boleh terbang."

Kvelmuruga pula mencadangkan agar tokoh usahawan itu menggunakan slogan yang seakan sama dengan AirAsia: "Now everybody can vote. (Sekarang semua orang boleh mengundi)."

Sementara itu, pemilik akaun @soulmustfly memberikan peringatan kepada Fernandes agar tidak 'menghancurkan' dirinya.

"Jangan hancurkan diri kamu, melainkan mereka menubuhkan kementerian 'segalanya kos rendah'," tulisnya.

Manakala, @mystylebandit pula berkata: "Tidak, jangan jadi ahli politik. Kamu sudah melakukan perubahan dalam hidup semua orang!"

Posting tersebut yang menerima 5,919 tanda suka (likes) menunjukkan Fernandes bergambar di samping sepanduk dua calon bagi Parlimen Kapar.

Tony Fernandes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain