suria

Gerhana Bulan Penuh 31 Jan

Gambar hiasan.

PORT DICKSON: Balai Cerap Teluk Kemang di sini akan mengadakan cerapan fenomena Gerhana Bulan Penuh pada malam 31 Januari ini.

Menurut laman sosial Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, fasa Gerhana Bulan Penuh secara rasminya akan bermula pada 8.51 hingga 10.07 malam.

"Pada malam itu (31 Januari), orang ramai berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh di balai tersebut di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang di sini," menurut laman sosial itu.

Pelbagai program telah disusun untuk hari itu dimulai dengan ceramah mengenai Gerhana Bulan Penuh oleh penyelidik astronomi di Jabatan Fizik Fakulti Sains Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohd Zambri Zainuddin pada 5.30 petang, solat maghrib dan isyak  berjemaah serta solat sunat Gerhana Bulan (Khusuf).

Selain itu, penerangan dan taklimat Gerhana Bulan serta cerapan Gerhana Bulan Penuh dijadualkan berlangsung pada 8.45 malam.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena itu pada hari tersebut. - Bernama

gerhana bulan

Artikel Sebelum

Ragut Beg Tangan Sampai Mati

Artikel Berikut

Artikel Lain