suria

Kren Tumbang: JKKP Arah Henti Kerja

Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan di Kampung Baru pada Khamis. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja ke atas aktiviti pembinaan di sebuah tapak pembinaan di Kampung Baru, susulan kejadian sebuah kren tumbang di sini Khamis.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohtar Musri berkata tindakan perundangan akan diambil  ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.

Katanya jika didapati bersalah, pihak yang bertanggungjawab boleh dikenakan denda tidak melebihi  RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Ketika kejadian, seorang pekerja sedang mengendalikan kren menara bagi mengangkat bebanan, secara tiba-tiba 'luffing boom' kren menara itu tumbang dan menghempap sebuah kenderaan di luar tapak pembinaan.

Kejadian ini menyebabkan kecederaan ringan kepada seorang pekerja dan dua orang awam selain kerosakan kepada kenderaan yang diparkir berhampiran lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutamanya yang melibatkan  pekerja mahupun orang awam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis, tiga orang cedera ringan dan dua kenderaan terjejas. - BERNAMA 

kren tumbang, Kampung Baru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain