suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apa Salah Budak Itu?

PETALING JAYA: Video wanita bertindak melempang seorang kanak-kanak lelaki tular di media sosial.

Wanita berkenaan kelihatan dalam keadaan marah apabila kanak-kanak lelaki yang dipercayai anaknya enggan memasuki sebuah kereta.

Susulan itu, wanita tersebut menampar muka anaknya yang sedang menangis sebelum menghumbannya ke dalam kereta.

Menerusi rakaman itu, wanita berkemeja-t dan seluar jeans itu dilihat mengheret anaknya sebelum berjalan membuka pintu kereta.

Malah dia juga dilihat menarik budak lelaki itu supaya masuk ke dalam kereta tersebut.

Tindakan kasar wanita tersebut mendapat kecaman daripada netizen dan menganggap perbuatannya itu tidak berhati perut.

Rakaman berdurasi 40 saat itu dipercayai berlaku di Kuantan, Pahang.

lempang, Kuantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bomba "Penyelamat" Calon SPM

Artikel Lain