suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba "Penyelamat" Calon SPM

KLUANG: Tujuh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Ladang Mutiara dekat Kahang di sini hampir gagal menduduki peperiksaan  apabila laluan untuk ke sekolah mereka terputus akibat banjir kilat pada pagi Rabu.

Bagaimanapun, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Kluang membantu membawa tiga pelajar lelaki dan empat perempuan itu menggunakan trak telah dapat menyelesaikan masalah.

Ketua Balai Bomba Kluang, Akob Sidek berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.30 pagi Rabu dan tiba di Ladang Mutiara pada pukul 7.20 pagi.

"Laluan yang penuh dengan kotoran di ladang itu dinaiki air hingga paras pinggang susulan hujan lebat pada sebelah malam, sekali gus menyukarkan kenderaan melaluinya," katanya.

Akob menambah, pihaknya dapat menghantar semua calon SPM itu ke sekolah mereka untuk menduduki peperiksaan itu.



Ladang Mutiara, SPM

Artikel Sebelum

Apa Salah Budak Itu?

Artikel Berikut

Artikel Lain