suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir: Dua Warga Emas Ditemui Lemas

Keadaan Jalan Masjid Negeri semasa banjir kilat dan ribut melanda kawasan bandaraya George Town sejak awal pagi Ahad. Foto Bernama

GEORGE TOWN: Dua warga emas ditemui lemas pada awal pagi Ahad susulan banjir kilat melanda Pulau Pinang.

Seorang lelaki berumur 75 tahun ditemui lemas di rumahnya di Kampung Masjid di Jalan Perak.

Seorang lagi wanita warga emas, dengan identitinya belum dikenal pasti, ditemui maut di rumah penjagaan warga emas di Jalan P. Ramlee.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua mayat dibawa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Komander Operasi Kanan Zon 1 negeri, Andul Rahman Norudin berkata, mayat wanita itu ditemui pada pukul 6.30 pagi Ahad manakala mayat kedua dijumpai pada pukul 8.30 pagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Feri 440 Tan Terangkat

Artikel Lain