suria

Johor Sekat Mufti Menk, Ustaz Haslin

Kandungan ucapan yang disampaikan Mufti Menk (kiri) dan Haslin didakwa boleh mengganggu keharmonian kaum. - Youtube

JOHOR BAHRU: Johor telah menyekat dua pendakwah bebas daripada menyampaikan ceramah di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebelum ini berkata, Malaysia masih membenarkan dua tokoh itu untuk berdakwah biarpun Singapura menyekat kedua-dua penceramah berkenaan memasuki negara tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim Sultan berkata, langkah itu adalah titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Berita Harian.

Singapura pada Isnin melarang penceramah bebas dari Zimbabwe, Ismail Menk dan Haslin Baharim dari Malaysia untuk memasuki negara itu kerana ajaran 'keras' yang disampaikan mereka didakwa bertentangan dengan nilai-nilai berbilang budaya dan pelbagai agama republik tersebut.

"Kandungan ucapan yang disampaikan oleh dua pendakwah sebelum ini boleh mengganggu keharmonian antara kaum," kata Abdul Mutalip.

"Jabatan Agama Islam Johor akan terus memantau ceramah agama di negeri ini untuk memastikan tiada unsur atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum daripada disampaikan," katanya kepada akhbar itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada Selasa berkata, negara tidak akan menghalang ceramah disampaikan oleh dua individu itu kerana mereka tidak pernah mencetuskan ketegangan antara pengamal beberapa agama dan kumpulan etnik.

Mufti Menk, Haslin Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain