suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TMJ Sambut Cahaya Mata Kedua

PETALING JAYA: Isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan seorang putera di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada Sabtu.

Kelahiran waris kepada takhta kerajaan Johor itu diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan, pagi Sabtu.

"Jumaah Majlis Diraja sukacita mengumumkan keputeraan seorang waris takhta kerajaan negeri Johor pada hari ini," demikian menurut kenyataan itu yang disiarkan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

Che Puan Khaleeda dan puteranya turut dilaporkan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda turut dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun tahun lalu.

Putera yang baharu dilahirkan itu merupakan cucu kedua Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisurinya, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

TMJ, Che Puan Khaleeda

Artikel Sebelum

Elizabeth Kini Lebih Yakin

Artikel Berikut

Bapa Jutawan: Itu Tak Benar

Artikel Lain