suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Cedera Bumbung Bilik Hotel Runtuh

Keadaan sebuah bilik hotel selepas siling dan bumbung runtuh. Foto Bernama

SEREMBAN: Sepasang suami isteri bersama seorang anak perempuan mereka yang sedang tidur di dalam sebuah bilik suite hotel di Port Dickson, terkejut apabila siling dan bumbung bilik mewah itu tiba-tiba runtuh dalam kejadian kira-kira 4.22 pagi Selasa.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Port Dickson, Zamhuri Zainnordin berkata, kejadian di tingkat paling atas bangunan enam tingkat itu turut menyebabkan suami isteri berusia 52 dan 51 tahun masing-masing mengalami cedera ringan manakala anak mereka yang berusia 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Runtuhan ini melibatkan siling, bumbung serta dinding bilik hotel... hanya sebuah bilik ini sahaja yang terjejas manakala bilik-bilik lain di tingkat itu yang kebetulan tidak ada pelanggan, tidak mengalami sebarang kerosakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau juga berkata siasatan awal bomba mendapati keseluruhan bangunan hotel tidak terjejas.

"Kita masih menyiasat lanjut punca kejadian," katanya.

Difahamkan sisa runtuhan konkrit juga telah menghempap sebuah kereta di ruang parkir hotel berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kassim Ahmad Meninggal Dunia

Artikel Lain