suria

Polis Didakwa 'Mesra' Dengan Pelacur Ditukar Serta-Merta

Gambar seorang anggota polis yang didakwa 'bermesra' dengan seorang wanita dipercayai pelacur, kini tular di media sosial.

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat telah ditukarkan berikutan gambarnya kelihatan 'mesra' dengan seorang wanita berpakaian seksi tular di media sosial.

Ketua polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, anggota polis itu telah dikeluarkan dari unitnya dengan serta-merta.

"Bagaimanapun, siasatan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Gambar yang menunjukkan anggota polis terbabit sedang bercakap dengan wanita itu dipercayai pelacur, tersebar di Facebook.

Insiden berkenaan berlaku selepas tujuh anggota polis dirakamkan di sebuah kelab malam di Muar ditukarkan ke bahagian lain, serta-merta.

Terdahulu, sebuah video tular di Facebook didakwa menunjukkan beberapa anggota polis yang dipercayai dari unit D7 dari ibu pejabat polis daerah Muar 'berhibur' di sebuah pusat hiburan.


Artikel Sebelum

Ular Sawa Dalam Enjin Kereta

Artikel Berikut

Mohon Maaf Lepas Bunuh

Artikel Lain