suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran 20 Rumah Setinggan Tiada Unsur Jenayah

Jeritan penduduk menyedarkan penduduk Wakaf Mek Zainab daripada tidur ketika api sedang marak membakar 20 unit rumah setinggan di kawasan itu awal pagi Sabtu.

KOTA BHARU: Siasatan awal kebakaran di Wakaf Mek Zainab yang memusnahkan 20 buah kediaman setinggan awal pagi Sabtu mendapati ia tidak membabitkan sebarang unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Ismail Mat Sidik.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan ataupun mangsa yang mendakwa kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat.

"Kami hanya menerima laporan daripada mangsa berhubung kerugian yang dialami mereka akibat kebakaran tersebut.

"Bagaimanapun dalam masa sama siasatan akan terus dijalankan oleh agensi berkaitan bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Semalam, 30 mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas 20 rumah termasuk lima rumah kosong, musnah dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu.

Wakaf Mek Zainab

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain