suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Lemah Di Tongod, Sabah

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di 35km timur laut Tongod, Sabah pada 8.25 pagi Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan media pada Ahad memaklumkan gempa bumi berukuran 3.8 pada skala Richter mungkin dirasai gegarannya di sekitar kawasan Tongod dan Beluran, Sabah.

JMM turut memaklumkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina, 49km barat daya Bandar Valencia, Filipina dan 752km timur Laut Kinabatangan, Sabah.

Kejadian pada 4.47 pagi tadi bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami, menurut jabatan itu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rafizi Terima Notis Muflis

Artikel Lain