suria

Festival Bir: Patuhi Undang-Undang PBT - Azmin

KLANG: Penganjur pesta arak 'Better Beer Festival 2017' perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mahu memindahkan lokasi penganjuran festival itu ke Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata pendirian kerajaan negeri adalah menghormati adat resam dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia, bagaimanapun undang-undang perlu dipatuhi.

"Secara dasarnya kami (kerajaan negeri) menghormati dan memelihara hak kaum minoriti tetapi perlu patuh terhadap undang-undang sedia ada," katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pesta arak berkenaan dianjurkan di Selangor.

Pengganas, Festival Bir Tidak Diluluskan

Beliau ditemui selepas merasmikan Selangor Bio Bay yang akan dibangunkan oleh Central Spectrum Sdn Bhd di Pulau Indah, di sini pada Ahad.

Pada Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta berkenaan atas sebab keselamatan selain ia bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Khamis berkata, penganjuran festival tersebut tidak dibenarkan kerana dikhuatiri akan menjadi sasaran serangan milian Daesh.

Beliau berkata, Bukit Aman mendapat maklumat risikan tentang kumpulan militan merancang untuk mensabotaj acara tersebut. - Bernama

Better Beer Festival 2017

Artikel Berikut

Artikel Lain