suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Kelahiran Pulau Pinang Miss Malaysia Tourism

Dari kiri: Miss Malaysia Tourism Metropolitan, Crystal Tung Lu Yie, Miss Malaysia Tourism 2017/2018 Melissa Ng Sook Khuan dan Miss Malaysia Queen of The Year Lee Jia Ling. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Melissa Ng Sook Khuan dimahkotakan dengan mahkota bertatahkan berlian khas bernilai RM1.5 juta apabila dinobatkan sebagai Miss Malaysia Tourism 2017/2018 menewaskan 16 peserta lain.

Ratu cantik kelahiran Pulau Pinang berusia 24 tahun itu sekarang akan menjadi duta pelancongan Malaysia dan mempromosikan negara di peringkat global.

Selain Melissa, dua peserta lagi, Lee Jia Ling, 19, dimahkotakan sebagai Miss Malaysia Tourism Queen of the Year dan Crystal Tung Lu Yie, 22, sebagai Miss Malaysia Tourism Metropolitan.

Ketiga-tiga mereka akan mewakili Malaysia pada pertandingan Miss Tourism International Pageant yang akan diadakan pada 6 Disember di Sunway Resort Hotel.

Ketiga-tiga mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, barang kemas bernilai RM1,500, telefon pintar dan biasiswa bernilai RM50,000 setiap seorang dan hadiah lain.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Chong Yoke Har. - Bernama

miss malaysia tourism

Artikel Sebelum

Adakah Belia Semakin Ganas?

Artikel Berikut

Artikel Lain