suria

Buaya Buat LDP Sesak

Orang ramai berhenti untuk melihat buaya yang dilihat berenang di Sungai Klang.

PETALING JAYA: Seekor buaya yang dikesan berada di Sungai Klang dekat tol Batu 13 mengakibatkan kesesakan di Lebuhraya Damasanra-Puchong (LDP) apabila orang ramai berkumpul untuk melihat reptilia itu.

Jurucakap Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia (JPBM) berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut kira-kira pukul 9 pagi Sabtu.

Katanya, buaya tersebut dianggarkan sepanjang tiga hingga empat meter.

Difahamkan, terdapat orang awam termasuk pengguna jalan raya dan penduduk setempat yang tinggal berdekatan telah berkumpul di tebing sungai itu untuk melihat buaya berkenaan.

Jurucakap tersebut berkata, kes berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

buaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain