suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Pulau Pinang: Sekolah Tetap Beroperasi

Keadaan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi.

GEORGE TOWN: Sekolah di Pulau Pinang tidak akan ditutup pada Jumaat biarpun banjir besar melanda negeri itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Shaari Osman berkata, kelas akan berjalan seperti biasa sehingga diberitahu kelak.

"Kami memahami bahawa terdapat beberapa sekolah yang terjejas akibat banjir dan mungkin ada pelajar dan guru yang tidak dapat hadir ke kelas," katanya pada Jumaat.

Tinjauan di beberapa sekolah di Pulau Pinang mendapati para ibu bapa menghadapi masalah untuk mengambil anak mereka yang mengikuti sesi pagi persekolahan.

Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JPBM) telah menggerakka bebeapa trak untuk membawa para pelajar ke tempat yang lebih tinggi sementara para ibu bapa dikumpulkan.

banjir Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain