suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jeritan Dinihari Anak Tahfiz

PETALING JAYA: Jeritan meminta tolong yang datang dari arah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat di ibu negara mengejutkan penduduk berdekatan lokasi kejadian awal pagi Khamis.

Ia juga mendorong penduduk di situ bergegas ke situ pada kira-kira pukul 5.40 pagi dan mendapati api semakin marak di pusat tahfiz itu.

Kebakaran di tingkat atas bangunan tiga tingkat itu berlaku di mana terletaknya asrama pelajar yang tidur atas katil bertingkat.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba dilokasi sebaik menerima panggilan kecemasan bagaimanapun berdepan kesukaran untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Setakat ini, 22 pelajar dan dua warden pusat tahfiz itu terkorban, manakala empat yang lain dalam keadaan kritikal mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ahli keluarga mangsa ditenangkan oleh petugas.

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat mangsa.

Pihak berkuasa sedang melakukan siasatan di tingkat atas bangunan dua tingkat pusat thafiz berkenaan.

Mayat mangsa tiba di HKL untuk urusan pengecaman dan bedah siasat.



Darul Quran Ittifaqiyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain