Pendaki Meninggal Dunia Di Gunung Nuang - Semasa | mStar

Pendaki Meninggal Dunia Di Gunung Nuang

PETALING JAYA: Seorang lelaki meninggal dunia selepas meneyrtai pendakian di Gunung Nuang, Hulu Langat.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada hari Sabtu.

"Kami dimaklumkan bahawa seorang lelaki berusia 35 pengsan di pusat pemeriksaan Puncak Pengasih.

"Mangsa  memulakan memanjat gunung  tersebut bersama seorang kawan pada pukul 6.30 pagi," kata ACP Ahmad Dzaffir.

Beliau berkata, penyelamat, termasuk kakitangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, berjaya mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian pukul 3.15 petang Ahad.

Laluan yang susah menghalang pihak penyelamat untuk tiba lebih awal.

"Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk post-mortem," kata ACP Ahmad Dzaffir.

Pendaki maut

Artikel Sebelum

Pasaraya Mydin Diserbu!

Artikel Berikut

Artikel Lain