suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Bapa Tiga Beradik Terbiar Bebas Dengan Jaminan Polis

JOHOR BAHRU: Polis menahan ibu bapa kepada tiga beradik yang ditemui terkurung di dalam sebuah bilik sewa di lot kedai di Larkin Perdana di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, ibu dan bapa, masing-masing berusia 21 dan 33 tahun yang merupakan pekerja kilang dibawa ke balai polis dari kediaman mereka pada kira-kira pukul 10 malam Ahad.

Beliau berkata, pasangan itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Rakya untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menyelamatkan tiga kanak-kanak itu selepas gambar mereka ditinggalkan tanpa pengawasan di sebuah bilik sewa, tular di media sosial.

Artikel Berikut

Artikel Lain