Tiada Kekeliruan - Muhyiddin - Semasa | mStar

Tiada Kekeliruan - Muhyiddin

Muhyiddin Yassin.

PAGOH: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kekeliruan tidak seharusnya timbul berhubung siapa yang memainkan peranan dalam Pakatan Harapan susulan pengumuman kepimpinan baharu pembangkang itu.

Beliau berkata, adalah jelas bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan ketua umum Pakatan Harapan yang memainkan peranan sebagai penasihat dalam isu-isu melibatkan dasar, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya manakala isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi presiden Pakatan dengan bantuan Dr Mahathir.

"Saya tidak melihat sebarang pertindihan peranan sebagaimana yang didakwa pihak tertentu yang mengatakan bahawa kami keliru dalam kalangan kami sendiri kerana tiada pemimpin yang jelas.

"Jelasnya, mereka tidak membaca perlembagaan Pakatan Harapan dan mungkin mereka yang sebenarnya keliru," kata Muhyiddin kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkannya di kawasan Parlimennya di Pagoh, Sabtu.

Pada Jumaat dilaporkan bahawa Dr Mahathir dan Anwar yang pernah menjadi seteru dahulu akan bersama-sama mengetuai Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Pakatan Harapan turut menamakan Muhyiddin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dinamakan sebagai timbalan presiden.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali; Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jien dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dinamakan sebagai naib presiden pakatan.

Datuk Saifuddin Abdullah dinamakan sebagai setiausaha agung manakala M. Kula Segaran menjadi bendahari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Patut Lama Dalam Kereta...

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain