suria

Polis Siasat Kes Budak Tiga Tahun Diberi Dadah

ALOR SETAR: Polis sedang giat untuk menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang video dia dipaksa menghisap dadah oleh bekas teman lelaki ibunya tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, ia selepas nenek mangsa yang berusia 53 tahun dan menetap di Gurun membuat laporan polis pada 4.39 petang Isnin selepas melihat video tersebut.

"Pada Isnin lalu, nenek mangsa melihat tujuh rakaman video yang telah dihantar oleh seorang lelaki yang merupakan bekas teman lelaki menantunya. Di dalam rakaman tersebut, cucunya dilihat dalam keadaan tidak berbaju dan khayal selepas diberi dadah jenis syabu oleh suspek.

"Nenek mangsa tidak pasti sama ada kejadian dilihat melalui rakaman video tersebut benar atau tidak kerana cucunya tinggal bersama ibu kandungnya dan bukan dengan bekas teman lelaki ibunya," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Beliau berkata, nenek mangsa juga ingin menuntut kembali hak penjagaan ke atas cucunya kerana bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu.

Katanya, polis sedang mengesan suspek yang telah dikenal pasti dan usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maut Dikerat Enam

Artikel Lain