suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPAD Gantung Lesen Pengendali Treler

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen pengendali Golden Horse Plantations Sdn Bhd berikutan kemalangan maut di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Ahad.

SPAD dalam satu kenyataan pada Selasa berkata semua permit kenderaan di bawah pengendali tersebut telah digantung bagi membolehkan siasatan audit pematuhan dijalankan berdasarkan Kod Amalan Keselamatan Industri.

"Suruhanjaya akan turut membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes berkenaan apabila diperlukan.

"SPAD tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlanggaran amalan keselamatan dan ingin memberikan peringatan keras kepada pengendali supaya mematuhi keperluan keselamatan," menurut kenyataan itu.

Kemalangan tersebut menyebabkan lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, sebuah Perodua Myvi, sebuah  kenderaan pelbagai guna Proton Exora dan sebuah Toyota Vios.

Pemandu treler dan pemandu Vios tidak mengalami kecederaan manakala seorang lagi penumpang yang berada di dalam Myvi cedera.

Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu treler didapati negatif dadah.

SPAd, permit, lesen

Artikel Sebelum

Maut Dikerat Enam

Artikel Berikut

Artikel Lain