Dialog TN50: "Semuanya OK" - PM Najib - Semasa | mStar

Dialog TN50: "Semuanya OK" - PM Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan perdamaian antara pelawak Mat Over dengan penerbit filem David Teo selepas berlaku kekecohan semasa dialog TN50 bersama penggiat seni di Seri Perdana malam Rabu. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kekecohan yang berlaku di majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada malam Rabu sudah ditangani.

"Berlaku sedikit kekecohan dalam perbincangan semalam! Perbincangan hangat, tetapi sekarang semua dalam keadaan baik. Semua akan didengar untuk @myTN50," beliau menulis di Twitter, tengah hari Khamis.

Malam Rabu, majlis dialog TN50 kecoh selepas pelawak Mat Over, atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar David di depan perdana menteri.

Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan moderator, Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Rosyam mengendalikan program itu.

Bagaimanapun pada akhir sesi, Rosyam memanggil Mat Over dan David ke pentas untuk meminta maaf dan mereka kemudiannya bersalaman sebagai tanda berdamai.

Kedua-duanya turut berbuat demikian kepada Najib.

Mat Over , David Teo , Najib Razak , TN50

Artikel Sebelum

Arab Saudi Larang Umrah DIY

Artikel Berikut

Gula-Gula Ceriakan Penumpang GrabCar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain