Nasib Exco PAS Selangor Diketahui Khamis - Semasa | mStar

Nasib Exco PAS Selangor Diketahui Khamis

KEPALA BATAS: Jawatankuasa PAS Pusat akan bertemu pada Khamis untuk memutuskan mengenai nasib tiga exconya dalam kerajaan Selangor.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata walaupun majlis syura parti itu telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR, kedudukan ketiga-tiga exconya di negeri tersebut masih belum dimuktamadkan.

"Kami akan serahkan kepada jawatankuasa pusat parti ini untuk berbincang tentang keputusan tersebut.

"Mereka akan bertemu di Kuala Lumpur untuk membincangkan perkara itu pada Khamis," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya PAS Kawasan Kepala Batas di Kota Aur dekat sini Ahad.

Menurut laporan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali telah meminta ketiga-tiga exco PAS iaitu Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib supaya melepaskan jawatan masing-masing dalam satu pertemuan pada Jumaat.

Ditanya sama ada PAS menjangkakan tiga pemimpinnya akan meletak jawatan sebagai exco Selangor, Hashim berkata ia tidak dapat dielakkan.

Namun beliau membayangkan mungkin ada 'pihak berkuasa yang lebih tinggi' di Selangor yang tidak akan membenarkan tiga pemimpin PAS itu untuk melepaskan jawatan mereka.

PAS , Exco Selangor

Artikel Sebelum

Khairil Aslan Tamatkan Kayuhan Solo

Artikel Berikut

Bayi Ditinggalkan Di Terowong

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain