suria

Pelaku Rasuah Perlu Dipenjara - Bekas Hakim

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata mereka yang didapati bersalah kerana rasuah perlu dikenakan hukuman penjara, bukannya didenda tidak seberapa berbanding sejumlah besar wang yang diperoleh menerusi jenayah tersebut.

Beliau juga menyelar hakim yang menjatuhkan hukuman dalam kes rasuah tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

"Apa yang berlaku kepada hakim-hakim kita?

"Kes rasuah melibatkan wang yang berakhir dengan hukuman denda dan jumlah itu dalam keadaan bahawa jenayah masih boleh mendapat keuntungan selepas didenda. Benar atau tidak?," soal Mohd Noor.

Bekas hakim itu yang juga Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata beliau mahu mengingatkan para hakim bahawa kes rasuah sering melibatkan sejumlah wang yang banyak.

"Tetapi dalam beberapa kes yang diheret ke mahkamah... Apa hukumannya?

"Denda. Berapa denda itu? Ia sama sekali tidak hampir dengan jumlah wang yang hilang akibat rasuah.

"Hukuman itu kadang-kala tidak setimpal dengan kesalahan tersebut.

"Jadi, hantar mereka (yang didapati bersalah kerana rasuah) ke penjara, maka kita boleh katakan anda menyumbang kepada pengadilan," katanya.

Mohd Noor berkata demikian ketika ditemui pada sidang media yang diadakan selepas mesyuarat LPPR pada Selasa.

bekas hakim, rasuah

Artikel Lain