suria

LPPR Harap Sokongan Majlis Raja-Raja Isu Rasuah

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berharap Majlis Raja-Raja secara terbuka menyuarakan pendirian tegasnya terhadap rasuah berhubung dakwaan cubaan seorang individu yang menawarkan RM2 juta kepada Sultan Johor bagi mendapatkan gelaran "Tan Sri".

Penasihat LPPR, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beliau menyambut baik Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu lain yang menunjukkan pendirian teguh mereka dalam usaha memerangi rasuah.

"Kita melihat perkara ini bukan sahaja rakyat yang tampil ke hadapan untuk menyokong SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tetapi juga Raja-Raja kita, yang menyuarakan pendirian mereka.

"Harapan saya adalah Majlis Raja-Raja sebagai satu kumpulan yang boleh memberi sokongan terbuka. Ia akan mendorong kita di SPRM untuk berkhidmat dengan lebih efektif," kata Tunku Abdul Aziz pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di LPPR pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Raja-Raja Melayu lain seharusnya mengikut jejak Sultan Johor dengan memaklumkan SPRM mengenai cubaan seorang individu bagi mendapatkan gelaran, atau sama ada masalah individu yang cuba untuk mendapatkan gelaran perlu ditangani oleh Majlis Raja-Raja.



LPPR

Artikel Lain