PM Mahu KTMB Selesai Segera Masalah Perkhidmatan ETS, Sistem Pembelian Tiket - Semasa | mStar

PM Mahu KTMB Selesai Segera Masalah Perkhidmatan ETS, Sistem Pembelian Tiket

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  mahu pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencari jalan penyelesaian segera berhubung aduan pengguna mengenai perkhidmatan syarikat berkenaan.

Dalam catatan terbaru di laman Facebook rasmi beliau, Najib berkata, antara komen dan maklum balas pengguna adalah mengenai Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket dalam talian.

"Saya terima banyak komen dan maklum balas ketidakpuasan hati pengguna dengan perkhidmatan KTM Berhad, salah satunya mengenai ETS dan sistem pembelian tiket online (dalam talian) yang sering kali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang-kadang tidak boleh diakses.

"Ini bukan perkara sukar untuk diatasi, tidak patut berlaku di zaman teknologi hari ini," kata perdana menteri.

Selain meminta KTMB mencari penyelesaian segera, Najib turut meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memantau dan melaporkan terus kepada beliau secepat mungkin. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain