BN Mulakan Ceramah Rakyat Perjelas Isu Berbangkit - Semasa | mStar

BN Mulakan Ceramah Rakyat Perjelas Isu Berbangkit

Pengerusi Barisan National (BN) Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berucap pada Program Ceramah Rakyat Hulu Selangor bertajuk Negaraku Generasiku di Tapak Pasar Malam Taman Bunga Raya Bukit Beruntung malam Sabtu. -fotoBERNAMA
HULU SELANGOR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno malam Sabtu mengorak langkah memulakan siri Ceramah Rakyat bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa termasuk yang dibangkitkan pembangkang.

Sesi pertama yang berlangsung di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar turun padang.

Turut berbuat demikian Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S.K. Devamany.

Antara perkara yang disentuh Abdul Rahman ialah sabotaj ekonomi yang cuba dilakukan pihak tertentu termasuk dengan melempar tuduhan terhadap syarikat berkaitan kerajaan, selain usaha menjatuhkan kerajaan.

"Saya mahu ingatkan pembangkang jangan sabotaj ekonomi negara kerana akhirnya ia akan merugikan rakyat," katanya pada Ceramah Rakyat bertema 'Negaraku, Generasiku' itu.

Abdul Rahman menegaskan tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara yang menurutnya boleh memudaratkan negara dan rakyat.

Noh pula memperkatakan tentang kegagalan tadbir urus negeri Selangor termasuk dari segi penyelenggaraan prasarana rumah kos rendah, pengurusan sampah, bekalan air dan wabak denggi.

Beliau menarik perhatian bahawa BN banyak membantu negeri Selangor sekarang walaupun ia bukan di bawah teraju BN, demi membantu rakyat negeri itu.

Perkara sama turut diperjelas Mah dan Devamany yang antara lain meminta rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan putarbelit pembangkang termasuk mengenai ekonomi.

Sesi ceramah itu akan diperluas ke negeri-negeri lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain