suria

Lima Parah, 14 Cedera Ringan Kemalangan Di PLUS

GAMBAR FAIL

IPOH: Lima cedera parah dan 14 cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah treler di Km257 Lebuhraya Utara-Selatan, ,kira-kira tiga kilometer sebelum Terowong Menora, di sini awal pagi Jumaat.

Mereka yang cedera parah terdiri daripada lima wanita dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu dari arah selatan , kata Ketua Balai Bomba dan Kuala Kangsar Khairil Anuar Shaharuddin.

Beliau berkata pemandu, pembantu pemandu bas berkenaan serta pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurut Khairil Anuar, difahamkan bas persiaran dua tingkat itu dalam perjalanan ke Klang, Selangor dari Kangar, Perlis apabila ia merempuh bahagian belakang treler.

Sembilan anggota bomba dan penyelamat termasuk pegawai balai berkenaan terlibat dalam operasi menyelamat yang selesai kira-kira pukul 4 pagi, kata Khairil Anuar.

Menora, PLUS

Artikel Lain