suria

Jong-nam Mati Dalam Kesakitan Teruk - Ahli Toksikologi

PETALING JAYA: Kim Jong-nam yang telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu mati dalam 'kesakitan yang teruk', jelas bekas ahli toksikologi USM, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Jelasnya kepada The Star Online bahawa agen saraf VX yang digunakan oleh pembunuh Jong-nam begitu kuat tidak lebih daripada 10 hingga 15 mg untuk membawa maut.

Dr Dzulkefly berkata tindakan VX yang menyekat sistem saraf menyebabkan mangsa sesak nafas dan mati dalam beberapa saat atau minit.

"Ia adalah agen yang sangat menakutkan. Ia digunakan ketika  peperangan kimia dan saya menjadi sebahagian daripada pasukan yang membuat kajian semasa perang Iran-Iraq pada 1980-an.

"Dalam kes ini, dari apa yang saya lihat, bahan itu menyedut derma yang bermakna itu adalah toksik akut.

"Agen-agen itu bertindak ke atas enzim sistem neurokimia, yang kemudian cuba untuk menutup sistem badan mangsa. Ia menyebabkan mangsa akan sesak nafas dan akhirnya akan pengsan," katanya.

Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa VX adalah racun telah digunakan untuk membunuh Jong-nam, yang merupakan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Beliau kemudian berkata, salah seorang dari kedua wanita yang melakukan serangan itu turut tidak sihat akibat keracunan daripada bahan kimia yang sama.

Dr Dzulkefly berkata pada masa ini, tidak ada penawar untuk dos yang tinggi bagi agen VX itu.

Dua wanita yang menyerang Jong-nam merupakan warga negara Vietnam - Doan Thi Huong, 28, dan Indonesia Siti Aisyah, 25.

Bekas profesor itu berkata mereka tidak boleh menyentuh bahan kimia itu menggunakan tangan atau sarung tangan biasa kerana VX boleh menyerap melalui kulit dan menyebabkan keracunan yang teruk.

"Wanita yang meletakkan bahan kimia di wajah mangsa pastinya telah diberi tunjuk ajar yang baik sehingga ia berjaya dilakukan".

Dr Dzulkefly berkata, salah seorang daripada mereka mengalami muntah-muntah akibat terdedah kepada bahan kimia itu  dalam dos yang rendah, dan ia adalah salah satu kesan VX.

"Ia berlaku apabila mereka tidak melindunginya  dengan baik. Anda boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Tetapi apa-apa tahap pendedahan tidak akan membawa kepada kematian kerana terdapat penawar untuk itu.

"Tetapi apabila dos yang besar (10mg atau di atas), maka ia boleh membawa  maut," katanya.

Jong-nam  diserang oleh kedua-dua wanita di KLIA2 pada 13 Feb sebelum dia menaiki pesawat ke Macau.

Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas menerima rawatan di klinik lapangan terbang tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain