suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Honda Malaysia, PDB Kerjasama Ganti Pengembung Beg Udara Hadapan

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd bekerjasama dengan Petronas Dagangan Bhd (PDB) bagi memberi kemudahan kepada pelanggannya untuk menggantikan pengembung beg udara hadapan Takata.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Honda Malaysia berkata, pemilik pengembung beg udara yang terjejas boleh menggantinya di stesen Petronas terpilih.

Menurut syarikat itu, aktiviti penggantian itu juga boleh dilakukan di Hab Mudah Alih di pusat membeli-belah dan di semua 84 pusat servis Honda yang sah.

"Pelanggan yang terlibat digalakkan membuat temu janji di mana-mana pusat servis Honda yang sah atau di stesen Petronas yang terpilih bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau halangan," kata syarikat itu.

Honda Malaysia berkata aktiviti penggantian di cawangan Hab Mudah Alih di pusat membeli-belah dan di acara luar di seluruh negara, Siri Kembara Keluarga Honda, tidak perlu membuat temu janji terlebih dahulu.

"Honda Malaysia juga sedang bekerja sama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menghubungi pemilik kereta Honda yang terjejas dengan masalah pengembung beg udara Takata," kata syarikat itu. - BERNAMA


Honda Malaysia, PDB, beg udara

Artikel Lain