suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Sertai TVET Pilihan Majikan

PUTRAJAYA: Pelajar yang mengikuti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sering menjadi pilihan majikan selepas  menamatkan pengajian, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menteri Pendidikan itu berkata, situasi itu kerana pelajar berkenaan dilatih menjadi tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi kehendak pasaran.

"Sejak 2012, kementerian telah memilih 10 kolej swasta bagi menjalankan program berteraskan kemahiran yang tidak ditawarkan di kolej-kolej vokasional awam.

"Tujuan TVET adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar berkemahiran dan mudah diberi peluang pekerjaan selepas tamat latihan," katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Kreatif Akademi KRU di sini, Khamis.

Turut hadir, Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Datuk Norman Abdul Halim.

Terdahulu, Mahdzir dalam ucapannya berkata, usaha yang berterusan dilakukan bagi penambahbaikan dan latihan asas kemahiran bagi membolehkan rakyat kekal relevan dalam bidang yang dipilih atau menempa kerjaya baharu.

"Ini sekali gus meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir yang terdiri daripada warga tempatan selain mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing," katanya. 

Mengenai Akademi KRU, Mahdzir berkata, ia merupakan salah satu daripada kolej yang dilantik menerusi TVET berdasarkan pengalaman, kemahiran dan akses kepada industri kreatif. 

Dalam pembentangan Bajet 2017 pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan langkah kerajaan memperkasakan bidang TVET melalui peruntukan sebanyak RM4.6 bilion kepada institusi TVET.

Mahdzir Khalid, TVET, Akademi KRU

Artikel Lain