Jenazah Bekas Exco Selangor Selamat Dikebumikan - Semasa | mStar

Jenazah Bekas Exco Selangor Selamat Dikebumikan

SHAH ALAM: Jenazah bekas Exco Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, 73, yang meninggal dunia pukul 3.34 pagi tadi akibat kanser pankreas di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, selamat dikebumikan tengah hari Selasa.

Terdahulu jenazah dimandi dan disembahyangkan di rumahnya di Seksyen 9 di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 pada pukul 11.05 pagi bersama kira-kira 200 anggota keluarga dan sahabat handai.

Allahyarham merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara dan bekas Ketua Umno Bahagian Subang.

Allahyarham pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor selama dua penggal dari 1999 hingga 2008.

Hasil perkongsian hidup bersama Datin Rahimah Naim, 68, mereka dikurniakan lima anak berumur antara 27 dan 43 tahun. 

Anak bongsu beliau, Azizi Mohd Mokhtar, 27, berkata penyakit bapanya mula dikesan pada Disember tahun lalu selepas ayahnya mengadu sering sakit perut.

"Apabila ayah mengadu sakit perut kami membawanya ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mendapati kanser pankreas ayah telah berada pada tahap empat.

"Selepas itu kesihatan ayah mula merosot dan pada Januari lalu dia dimasukkan ke Hospital Prince Court, di Kuala Lumpur sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di sisi kami sekeluarga," katanya kepada Bernama selepas majlis pengebumian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Subang, Datuk Zein Isma Ismail menyifatkan pemergian Mohd Mokhtar sebagai satu kehilangan yang besar kepada UMNO bahagian berkenaan serta masyarakat di Subang terutamanya di Kota Damansara di mana Allahyarham menjadi ADUN kawasan tersebut pada 2004 sehingga 2008.

"Sewaktu menjadi ADUN di sini, Allahyarham banyak mencurahkan khidmat baktinya kepada masyarakat setempat tanpa mengenal penat lelah," kata Ketua Penerangan UmnoSelangor itu.

Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rasuah: Bekas KSU, Anak Didakwa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?